BERBUDAYA kreatif ialah sebahagian daripada ajaran Islam. Justeru, banyak ayat al-Quran menyeru dan mengajak umat manusia supaya memanfaatkan daya fikir dan kuasa akal yang dikurnia Allah bagi meneliti dan mempelajari hikmah tersirat dari seluruh kejadian alam dan kehidupan ini. Tentu menerusi penelitian ini akan menimbulkan fikiran baru yang bersifat kreatif untuk memenuhi keperluan hidup manusia dalam segala bidang kehidupan mereka di muka bumi.Bagi memastikan budaya hidup kreatif menjadi satu bentuk ibadah, ia harus direalisasikan secara bersungguh-sungguh dan mesti berada dalam kerangka ajaran tauhid dan batasan tatasusila luhur berpandukan prinsip akhlak Islamiah. Ia bermaksud, daya usaha kreatif harus mendorong kepada penemuan keagungan Ilahi dan menggalakkan setiap individu ke arah pembangunan martabat diri berteraskan nilai akal budi yang tinggi. Kreativiti yang terhasil dalam apa juga ruang kehidupan yang memenuhi maksud dan cita-cita ini adalah satu bentuk amal ibadah dan sebahagian daripada amal salih yang akan dihitung sebagai satu sumbangan jariah kita sebagai seorang Muslim di hari akhirat kelak. Sebarang bentuk kreativiti yang melanggari prinsip tauhid dan batasan akhlak hendaklah ditolak kerana ia bukan ibadah. Kreativiti bersifat sebegini adalah amal buruk yang menyalahi ajaran mulia agama Islam.
Berasaskan kerangka pemikiran ini, kita amat bersetuju dengan banyak komentar yang mengkritik secara terbuka karya muzik yang dihasilkan Gambit Saifullah dalam bentuk klip video yang membabitkan dua artis baru, Prema Yin dan Shahz Jazle baru-baru ini. Ternyata selepas meneliti klip ini, ia bukan sebuah hasil kreatif yang boleh dikategori sebagai suatu ibadah. Ia begitu terpengaruh dengan corak seni bebas masyarakat asing dan dalam masa sama begitu berani melakukan gaya dan aksi mengghairahkan. Karya sebegini secara jelas sudah melanggari kerangka susila dan prinsip akhlak dianjurkan ajaran agama Islam dan tidak wajar ditonton dan berada di pasaran.
Timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya apabila meneliti perkembangan seni sebegini di Malaysia. Dalam kes video ini, apakah mereka yang terbabit dalam pembikinan hasil seni sebegini sudah hilang sensitiviti terhadap persekitaran masyarakat di negara ini yang amat kuat pegangan agama dan nilai ketimuran? Adakah perkara ini suatu yang memang disengajakan dengan agenda tersendiri bagi menimbulkan provokasi kepada masyarakat Islam? Apakah kita boleh menjadikan kes ini sebagai petanda iaitu dunia seni di negara ini dalam keadaan hilang arah panduan sehingga sanggup menggadaikan prinsip akhlak hanya semata-mata memperoleh populariti dan keuntungan? Ini antara beberapa persoalan yang bermain di benak fikiran selepas mengikuti kontroversi kes ini.
Adalah jelas iaitu suatu penelitian terhadap keadaan semasa dan masa depan dunia seni dan hiburan di negara kita memerlukan langkah dan tindakan segera daripada pihak bertanggungjawab. Karya seni dalam apa juga bentuk seharusnya membawa imej dan jati diri kenegaraan. Ia tidak sepatutnya sebuah karya yang bercorak mengulangi citra nilai yang bebas oleh masyarakat asing. Karya seni ialah wajah masyarakat Malaysia dan seharusnya tergambar dalam segala perlakuan dan perwatakan seniman yang sebenarnya ialah duta kebudayaan negara. Orang luar boleh mengasihi dan menghormati kita sebagai sebuah bangsa menerusi hasil karya budaya dan seni yang halus, indah dan berjiwa luhur.
Namun, keadaan dunia seni tanah air kita masih belum mencapai tahap diimpikan. Dalam keadaan tertentu ia menyedihkan. Tanpa menafikan beberapa karya seni yang baik dan terpuji, namun jumlahnya masih belum mampu menenggelamkan citra seni yang masih menekankan unsur bebas, seram, lawak dan ganas secara keterlaluan.
Mungkin satu kajian terperinci harus dilakukan secara bersama oleh badan sivil negara kita bagi mencari jalan keluar terhadap isu yang sudah lama dibahaskan dalam media. Kita tidak boleh lagi menyerahkan tugas membina dan membentuk model seni dan budaya yang berjati diri kepada perkumpulan seniman saja. Ahli akademik, aktivis sosial, tokoh agama dan pembuat dasar negara harus bersama-sama bagi membentuk satu ekosistem yang sihat untuk kecemerlangan dunia seni tanah air.
Pengajaran yang jelas daripada kes klip video ini ialah, kita yang selama ini hanya menjadi penonton kepada hasil kreatif golongan seniman tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan menerimanya tanpa sebarang kritikan.

No comments:
Post a Comment