GOLONGAN belia merujuk mereka berumur antara 15 hingga 40 tahun dan kini mereka dilabel sebagai generasi Y atau gen Y, yang bakal memikul serta meneruskan tanggungjawab memastikan kelangsungan negara dalam apa juga aspek.Oleh itu, biasa kita mendengar harapan tinggi diletakkan di bahu gen Y kerana mereka tonggak kekuatan hari ini dan pewaris kepemimpinan masa depan negara. Kenyataan ini akan terus kita dengar.
Siapa yang tidak bangga jika diri mereka sentiasa diingati dan dianggap penting. Justeru, sewajarnya belia yang dianggarkan seramai 41.5 peratus atau 11.9 juta daripada keseluruhan 28 juta penduduk negara memikirkan perkara ini.
Apakah mereka mahu menafikan kepercayaan tinggi dan pengharapan yang diberikan kepada mereka dengan menimbulkan perkara kurang baik atau menjuruskan diri ke lembah yang hanya akan merosakkan diri sendiri.
Bukan bermakna kita semua perlu menjadi wira yang menonjol kerana mahu atau tidak, kita akur tidak semua mempunyai peluang yang baik. Tetapi itu tidak bermakna yang tidak berpeluang boleh berpeluk tubuh membiarkan rakan lain melakukan semuanya.
Walau apa juga bidang diceburi, kita masih bertanggungjawab memainkan peranan mengikut kemampuan masing-masing. Mungkin kita tidak nampak cara untuk menyumbang tetapi sebenarnya dengan menjadi rakyat yang tidak menimbulkan masalah kepada agama, bangsa dan negara, kita sebenarnya sudah memainkan peranan yang besar. Yakinlah.
Menjadi pelajar yang tidak mendatangkan masalah kepada rakan sekelas, guru serta sekolah juga termasuk dalam sumbangan kepada negara. Menjadi ketua keluarga yang berjaya menjaga keharmonian serta kesejahteraan ahli keluarga juga sumbangan kepada negara.
Berlakon, menjadi watak yang berjaya meninggalkan kesan baik kepada masyarakat, juga satu sumbangan. Pokoknya, tidak perlu berharap untuk membuat sesuatu yang besar yang orang boleh nampak saja.
Perkara kecil yang kita buat ada kala boleh mendatangkan impak besar. Cuma, caranya mungkin bukan melalui perubahan yang dapat dilihat oleh mata kasar. Apa pun, kesan baik yang terhasil, itulah sumbangan besar kita.
Firman Allah yang bermaksud:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Alangkah sedih apabila golongan muda sering dipandang negatif dan dilihat sebagai pihak yang suka mendatangkan masalah kepada negara. Mungkin ini disebabkan berlakunya gejala tidak sihat dalam kalangan golongan itu.
Oleh itu, sewajarnya langkah proaktif dilaksanakan kerana jika punca serta gejala tidak dibendung, selagi itulah keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Yang jelas, ia bukan terhadap gen Y saja tetapi semua lapisan masyarakat.
Cabaran dunia semakin hebat, dugaan kehidupan boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Pengaruh teknologi terkini, hilangnya perasaan kemanusiaan dan jauh daripada ajaran agama juga boleh mendedahkan kita semua kepada kesan negatif.
Memang ada kalanya kita dibuai perasaan dan angan-angan hingga tidak nampak kesilapan dilakukan, maka mata yang melihat diharap dapat menarik mereka yang tersasar supaya tidak terus terbabas daripada landasan.
Moga-moga dengan usaha menyedarkan mereka terhadap tanggungjawab serta harapan tinggi diberikan kepada mereka dapat memandu gen Y bersama menyumbang secara aktif.
Kita tidak menafikan sokongan pelbagai pihak terhadap golongan muda. Memang banyak program dan latihan ke arah mempertingkatkan daya saing kalangan orang muda dan berharap ia dilakukan secara berterusan.
Ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan syahwat adalah ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan belia. Marilah kita bersama mengawal nafsu supaya tidak didorong ke jalan yang akhirnya merugikan kita.
Sabda Rasulullah SAW, daripada Ibn Abbas yang meriwayatkan:
Marilah kita, gen Y menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara seterusnya memastikan kehidupan di dunia mendapat perlindungan Allah.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi, ayat 13)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Hadis riwayat Ahmad)
Alangkah sedih apabila golongan muda sering dipandang negatif dan dilihat sebagai pihak yang suka mendatangkan masalah kepada negara. Mungkin ini disebabkan berlakunya gejala tidak sihat dalam kalangan golongan itu.
Oleh itu, sewajarnya langkah proaktif dilaksanakan kerana jika punca serta gejala tidak dibendung, selagi itulah keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Yang jelas, ia bukan terhadap gen Y saja tetapi semua lapisan masyarakat.
Cabaran dunia semakin hebat, dugaan kehidupan boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Pengaruh teknologi terkini, hilangnya perasaan kemanusiaan dan jauh daripada ajaran agama juga boleh mendedahkan kita semua kepada kesan negatif.
Memang ada kalanya kita dibuai perasaan dan angan-angan hingga tidak nampak kesilapan dilakukan, maka mata yang melihat diharap dapat menarik mereka yang tersasar supaya tidak terus terbabas daripada landasan.
Moga-moga dengan usaha menyedarkan mereka terhadap tanggungjawab serta harapan tinggi diberikan kepada mereka dapat memandu gen Y bersama menyumbang secara aktif.
Kita tidak menafikan sokongan pelbagai pihak terhadap golongan muda. Memang banyak program dan latihan ke arah mempertingkatkan daya saing kalangan orang muda dan berharap ia dilakukan secara berterusan.
Ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan syahwat adalah ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan belia. Marilah kita bersama mengawal nafsu supaya tidak didorong ke jalan yang akhirnya merugikan kita.
Sabda Rasulullah SAW, daripada Ibn Abbas yang meriwayatkan:
“Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum matimu.” (Hadis riwayat Al-Hakim dan Ibn Majjah)
Marilah kita, gen Y menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara seterusnya memastikan kehidupan di dunia mendapat perlindungan Allah.
Jadilah si muda yang berjasa , usah menjadi si tua yang kecewa ~~ :)
No comments:
Post a Comment